Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Thursday, January 14, 2010

ISU Pertukaran GURU jqaf

pertukaran guru jqaf sering diperkatakan oleh sebahagian komuniti sekolah di mana tempat kita mengajar, sehingga kadang-kadang isu pertukaran guru jqaf ini menyebabkan prestasi mengajar mulai menurun dari tahun ke tahun. ini adalah kerana pengambilan guru jqaf mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila dikatakan pengambilan yang paling besar dilakukan oleh kementerian pelajaran malaysia KPM sehinggakan graduan pengajian islam hampir habis di pasaran. sehingga pengambilan guru guru jqaf di buat secara walk in interview dan juga terdapat kes graduan di luar pendidikan islam seperti sains sosial yang terpilih sebagai guru jqaf.

kebanyakkan pengambilan guru jqaf yang kemudian ini terdiri dari graduan graduan yang baru sahaja grade dari Universiti. sudah tentulah apabila sudah dapat jadi guru jqaf maka berduyun-duyun lah pula guru-guru jqaf ini melangsungkan perkahwinan. ha.... disinilah mulai timbul isu pertukaran guru guru jqaf, apabila sang isteri duk di selangor tetapi si suaminya dok di pahang. apabila isterinya guru jqaf di sabah tetapi suaminya berkerja di semenanjung.

saya ingat dalam tempoh 5 tahun ini jabatan pelajaran negeri kelantan, terengganu , sabah, sarawak, selangor, kedah dan negeri-negeri lain akan banyak menyelesaikan isu pertukaran guru jqaf ini. justeru itu, dalam tempoh 5 tahun ini akan ada isu-isu yang melibatkan guru- guru jqaf seperti datang lewat ke sekolah disebabkan tempat tinggal yang berjauhan, selalu terlebih cuti terutama pada hari isnin dan juga akan ada guru- guru jqaf yang mengambil cuti awal seperti pada hari jumaat untuk balik ke bertemu suami atau isteri di negeri lain, mc yang berlebihan melibatkan guru- guru jqaf, selalu tidak menghadiri aktiviti ko-kurikulum terutama sekolah yang buat pada hari sabtu. berselisih faham dengan pentadbir sekolah atau guru data berkaitan dengan isu pertukaran guru jqaf kerana terdapat pentadbir yang tidak akan menyokong pertukaran guru jqaf selagi tidak cukup 3 tahun mengajar disekolah, tidak dapat menyertai kem bestari solat yang dilakukan biasanya pada hari sabtu.

ini antara isu-isu yang dijangka timbul dalam tempoh 5 tahun lagi  berkaitan dengan guru-guru jqaf. isu pertukaran guru jqaf akan selesai setelah si isteri atau suami sudah duduk berdekatan dengan tempat kerja masing- masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...