Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Monday, September 26, 2011

PERMOHONAN KPLI JQAF 2012 AMBILAN JANUARI 2012 TELAH PUN DIBUKA... MAKLUMKAN KEPADA YG LAIN

Wednesday, September 7, 2011

sebab GURU TUKAR 2012 | alasan GURU TUKAR 2012 | CARA GURU TUKAR 2011 | TIPS GURU TUKAR 2012| pertukaran guru jqaf | penempatan guru jqaf 2012

salam semua pengunjung blog pertukaran guru jqaf, belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin dari blog pertukaran guru jqaf.

entry kali ini saya ingin berkongsi berkaitan apakah sebab atau alasan atau cara supaya pertukaran guru dapat diluluskan. ini berdasarkan kepada pengalaman admin blog ini serta pengalaman guru lain serta pandangan dari orang-orang yang berautoriti dalam hal pertukaran guru khususnya.

1) mempunyai kenalan atau "cable" di semua peringkat termasuk di kementerian pelajaran malaysia, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah. sesiapa guru yang mempunyai kenalan di setiap peringkat ini terutama pembuat dasar hal pertukaran guru maka guru tersebut saya boleh letakkan 99% akan dapat bertukar. melalui cable ini juga anda akan tahu bila mereka bermesyuarat berkaitan dengan hal pertukaran guru. kebiasaannya pihak kementerian dan jabatan pelajaran setiap negeri akan bermesyuarat bersama . sekiranya anda telefon ketika diorang tengah mesyuarat pertukaran .. ianya harapan cerah untuk anda dapat bertukar. anda juga perlu tahu hanya pegawai mengenali anda sahaja akan melayan panggilan telefon ini. sekirannya anda telefon pegawai terbabit dan dalam handset pegawai tersebut memang ada nama anda serta pegawai tersebut memang mengenali anda, pasti mereka akan melayan telefon anda ketika itu. tetapi jika sebaliknya, panggilan anda tidak akan dilayan kerana mereka sudah diperingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan kerana sudah tentu panggilan telefon itu berkaitan dengan pertukaran guru. kalau anda kenal pegawai ini....itulah REZEKI dan Peluang anda. tidak semua orang memperolehi peluang ini.

2) sebab yang kedua biasanya berkaitan dengan keselamatan diri guru tersebut. sebagai contoh. "anda mengajar disebuah sekolah di sarawak atau sabah atau johor... anda mempunyai masalah dengan seorang ibubapa penjaga anak murid anda ditempat anda mengajar sekarang. ibu bapa penjaga murid  tersebut berdendam dengan anda dan telah mengupah sekumpulan samseng untuk mencederakan anda dan mengugut anda diluar sekolah. anda telah membuat laporan polis. pihak polis juga telah mensyorkan agar anda bertukar sekolah untuk mengelak dari keadaan menjadi lebih bahaya".    SEKIRANYA ANDA mempunyai sebab ini dan dibuktikan dengan report polis biasanya 90% akan dapat bertukar demi menjaga keselamatan guru tersebut.

3) sebab perubatan.. sebagai contoh.." anda bekerja di sabah manakala suami bekerja di selangor, anda sudah berjauhan selama 3 tahun... pada tahun ke-3 anda telah diserang penyakit misteri atau kronik. anda tidak dapat bangun untuk pergi ke sekolah. anda telah menjalani rawatan di hospital . anda disahkan mengidap penyakit tulang belakang. pembedahan perlu dilakukan untuk mengetahui sejauh mana penyakit itu merebak" . dalam kes ini biasanya 88% akan dapat bertukar kerana perlukan seseorang iaitu suami atau ibubapa (kalau bujang) untuk mengambil perhatian terhadap kesihatan dan perubatannya. perlu dibukti dengan laporan doktor dan doktor syorkan agar dapat bertukar.

4) sebab sambung belajar.... sebagai contoh yang pernah berlaku.... seorang sahabat ini mengajar di sarawak... sudah banyak kali mohon tukar pada setiap tahun dengan alasan ibubapanya yang uzur dikampung... tetapi tidak diluluskan. oleh kerana nekad dan sudah tidak tahan lagi mengajar di sarawak dan berjauhan dengan ibubapa yang uzur beliau mendapat satu idea iaitu memohon cuti tanpa gaji dengan alasan untuk sambung belajar di peringkat sarjana di salah sebuah IPTA di semenanjung. permohonan itu diluluskan oleh KPM dan beliau telah dapat bertukar ke semenanjung dan menyambung pelajaran sarjana di IPTA tersebut. dalam kes ini 100% dapat bertukar sekiranga KPM luluskan. tetapi ada beberapa implikasi iaitu tidak ada gaji selama tempoh belajar dan tak semestinya selepas habis belajar sudah dapat posting baru sekolah yang dipohon. kene tunggu gak lagi . bila saya tanya puashati tak cara cam tu... beliau menjawab MEMANG PUASHATI WALAUPUN TAK DE GAJI 3 TAHUN ASAL DAPAT TUKAR!

5) sebab suami isteri dan anak.... SEBAB INI MERUPAKAN SEBAB YANG PALING POPULAR... tak perlu cerita detail pasal sebab ini kerana ianya sudah maklum.... sebagai contoh isteri dan anak di sabah suami di selangor.. isteri dan anak di selangor suami di kelantan. suami di sabah isteri dan anak di selangor... macam-macam saudara saudari... kebiasanyaan kes ini 50:50.... rezeki masing- masing. yang penting MESTI KONSISTEN MOHON TUKAR SETIAP TAHUN WALAUPUN DAH LEBIH 5 TAHUN BERJAUHAN. ini kerana atas budi bicara pegawai yang terlibat akan meletakkan kes anda sebagai kes khas. biasanya kalau dah kes khas tidak perlu sangat suka sama suka, tiba-tiba dapat jer pindah. barangkali setiap tahun pegawai terbabit hanya akan ambil 2 kes jer utk dijadikan kes khas ( atas budi bicara pegawai mengikut kritikal dan kesungguhan pemohon)

begitulah sebab -sebab yang biasa berlaku apabila tiba musim pertukaran guru. sebab dan kes yang dinyatakan diatas adalah kes yang benar-benar berlaku melalui pengalaman admin blog . oleh itu tanya diri sendiri kes anda yang mana satu. BANYAKKAN DOA DAN KALAU BOLEH SAYA SYORKAN PERGI BUAT UMRAH ..... MOHON BETUL-BETUL DEPAN KAABAH....BERDOALAH DITEMPAT YANG PALING MUSTAJAB DIDUNIA..... CARA INI PUN PERNAH BERLAKU.. MUDAHAN PERTUKARAN GURU MENGGEMBIRAKAN HATI TUAN -TUAN DAN PUAN-PUAN SEMUA... ILA LIQA MAA SALAMAH

pertukaran guru jqaf

Friday, March 25, 2011

Kenapa Saya Tak Dapat Tukar? | DC41 atau DG41 | Pertukaran Guru Jun 2011

salam semua pengunjung blog,

 topik saya dalam minggu ni berkaitan dengan kenapa saya tak dapat tukar walaupun saya dah 2 tahun atau 3 tahun berada disekolah?

Untuk makluman semua,  perjanjian penempatan yang telah dimetrai antara guru jqaf dan kementerian  menyatakan bahawa kita ditempatkan di sekolah (penempatan pertama) selama 36 bulan iaitu menyamai 3 tahun berada disekolah.ianya dikira dari tarikh perlantikan pengesahan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41 iaitu selepas lulus ujian akhir Diploma pendidikan .

terdapat segelintir kes dimana guru jqaf yang telah cukup 3 tahun tetapi semasa hendak mengisi data e tukar secara online , namanya tidak layak untuk bertukar, Kenapa?

Ini adalah kerana gred jawatan anda dalam emis dan juga eg tukar operasi belum lagi di update oleh Penolong Kanan sekolah atau guru Data sekolah kepada DG41. dalam data emis dan eg tukar operasi anda masih lagi DC41.

Apakah beza DC41 dan DG41 serta implikasi?  DC41 kebiasanya guru yang belum lagi menghadiri dan lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP. Apabila anda telah menghadiri temuduga SPP dan telah lulus anda telah bertukar gred DC41 kepada DG41 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Apabila anda masih DC41 sistem etukar online secara automatik memasukkan nama anda sebagai guru yang tidak dapat bertukar.

Sepatutnya guru data atau Penolong kanan sekolah akan update data Emis atau Etukar Operasi selepas anda mendapat surat pengesahan perlantikan dari SPP, tetapi berlaku sebaliknya apabila kebanyakkan pentadbir akan update data anda setelah anda berada disekolah lebih 3 tahun. Ini kerana pentadbir berpegang kepada perjanjian yang dimetrai untuk berada disekolah selama 3 tahun.


Sebenarnya , berdasarkan kepada sistem etukar secara online ini, guru jqaf dapat bertukar ke sekolah lain selepas mendapat surat pengesahan perlantikan dari SPP. tidak semestinya perlu tunggu pengesahan jawatan yang memakan masa 3 tahun baru dapat bertukar.

sila update data anda dalam  egtukar operasi SEKARANG kerana tarikh akhirnya 27 Mac 2011. kalau masih DC41 walaupun sebenarnya anda sudah DG41, nama anda akan tersenarai dalam guru yang tidak dapat bertukar. sila berbincang dengan berhemah dengan pentadbir berkaitan dengan pertukaran, terutama sekali guru yang masih belum cukup 3 tahun ataupun telah cukup 3 tahun tetapi masih lagi DC41.

selamat mengisi data operasi egtukar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...