Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Friday, March 25, 2011

Kenapa Saya Tak Dapat Tukar? | DC41 atau DG41 | Pertukaran Guru Jun 2011

salam semua pengunjung blog,

 topik saya dalam minggu ni berkaitan dengan kenapa saya tak dapat tukar walaupun saya dah 2 tahun atau 3 tahun berada disekolah?

Untuk makluman semua,  perjanjian penempatan yang telah dimetrai antara guru jqaf dan kementerian  menyatakan bahawa kita ditempatkan di sekolah (penempatan pertama) selama 36 bulan iaitu menyamai 3 tahun berada disekolah.ianya dikira dari tarikh perlantikan pengesahan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41 iaitu selepas lulus ujian akhir Diploma pendidikan .

terdapat segelintir kes dimana guru jqaf yang telah cukup 3 tahun tetapi semasa hendak mengisi data e tukar secara online , namanya tidak layak untuk bertukar, Kenapa?

Ini adalah kerana gred jawatan anda dalam emis dan juga eg tukar operasi belum lagi di update oleh Penolong Kanan sekolah atau guru Data sekolah kepada DG41. dalam data emis dan eg tukar operasi anda masih lagi DC41.

Apakah beza DC41 dan DG41 serta implikasi?  DC41 kebiasanya guru yang belum lagi menghadiri dan lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP. Apabila anda telah menghadiri temuduga SPP dan telah lulus anda telah bertukar gred DC41 kepada DG41 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Apabila anda masih DC41 sistem etukar online secara automatik memasukkan nama anda sebagai guru yang tidak dapat bertukar.

Sepatutnya guru data atau Penolong kanan sekolah akan update data Emis atau Etukar Operasi selepas anda mendapat surat pengesahan perlantikan dari SPP, tetapi berlaku sebaliknya apabila kebanyakkan pentadbir akan update data anda setelah anda berada disekolah lebih 3 tahun. Ini kerana pentadbir berpegang kepada perjanjian yang dimetrai untuk berada disekolah selama 3 tahun.


Sebenarnya , berdasarkan kepada sistem etukar secara online ini, guru jqaf dapat bertukar ke sekolah lain selepas mendapat surat pengesahan perlantikan dari SPP. tidak semestinya perlu tunggu pengesahan jawatan yang memakan masa 3 tahun baru dapat bertukar.

sila update data anda dalam  egtukar operasi SEKARANG kerana tarikh akhirnya 27 Mac 2011. kalau masih DC41 walaupun sebenarnya anda sudah DG41, nama anda akan tersenarai dalam guru yang tidak dapat bertukar. sila berbincang dengan berhemah dengan pentadbir berkaitan dengan pertukaran, terutama sekali guru yang masih belum cukup 3 tahun ataupun telah cukup 3 tahun tetapi masih lagi DC41.

selamat mengisi data operasi egtukar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...