Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Sunday, November 14, 2010

"TAHNIAH! PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA DILULUSKAN"

ITUlah tulisan yang akan dipaparkan dalam pertukaran online oleh pihak kementerian pelajaran sekiranya antum semua dapat bertukar. Tahniah kepada yang dapat bertukar dan juga bersabar kepada yang belum lagi dapat bertukar.kepada yang belum semak result pertukaran guru sila berbuat demikian sekarang!.

Pada pandangan pertukaran guru jqaf .blogspot, peluang untuk guru jqaf bertukar semakin cerah, ini adalah kerana pertukaran guru jqaf bukan lagi dikendalikan secara langsung oleh BPI atau SPI tetapi ianya sekarang dibawah unit sekolah di KPM atau JPN. mungkin ada Pro dan KOntra. PRO nya ialah pertukaran berdasarkan kepada merit ( selama mana mengajar di sekolah terbabit, sekadar mana keseriusan untuk bertukar dan faktor2 lain spt bahaya, perjalanan dsb). sebagai contoh: si suami di sarawak atau sabah, si isteri di semenanjung telah berjauhan selama 5 tahun. kalau dahulunya di bawah SPI atau BPI yang menguruskan pertukaran , kemungkinan besar masih lagi tidak dapat bertukar atas alasan tiada gantian yang akan masuk sekiranya anda bertukar atau anda diperlukan lagi mengajar disekolah tersebut atau pihak SPI atau BPI tidak mahu memeningkan kepala dengan karenah pertukaran. sekiranya SPI atau BPI membenarkan pertukaran yang tiada gantian sudah tentu bebanan tersebut akan terkena kepada SPI atau BPI seperti pihak sekolah menelefon jpn bertalu-talu berkaitan dengan ketidakcukupan guru jqaf di sekolah. kalau dahulunya pihak SPI akan bertanya kepada BPI ada ganti atau tidak , sekiranya tiada,  SPI biasanya tidak melepaskan guru tersebut bertukar. pegawai di SPI dan pegawai di BPI kekadang member jugak , bile member ni susah skit nak berunding, boleh jadi lebih susah dari org yang tak kenal cukup dgn kata -2 tersebut..... " sheikh, kalau anta di BPI tak dapat cari ganti untuk masuk negeri ana, ana tak lepas sheikh, ana tak nak pening-2 kan kepala." hanya dengan ayat tu kekadang pegawai di BPI pun pening gak. nak marah, member pulak.... akhir sekali pertukaran tidak dapat dilakukan atas dasar tiada ganti masuk.

itu DULU, sekarang ni pulak apabila pertukaran diuruskan oleh unit sekolah, biasanya SPI akan akur dlm masa yang sama jugak GERAM kerana kemungkinan besar ada sesetengah sekolah kekurangan guru jqaf terlalu ketara disebabkan dapat bertukar atas sebab merit tadi. nak marah sudah tentu lah susah kerana berlainan sektor atau unit dan juga bukan dikalangan background ustaz dan ustazah.

KONTRA pula kemungkinan SPI terpaksa menyelesaikan isu kekurang guru jqaf di negeri-2 yang kritikal seperti Sarawak atau Sabah selagi tiada ganti masuk. di pihak KPM pula sudah tentulah akan terus menempatkan guru-guru baru ditempat yang ditukarkan td. selepas tempoh tertentu mungkin jugak guru baru ini juga suatu hari nanti pun akan bertukar jugak berdasar pada merit tadi.

di PIHak guru -guru jqaf puLA sudah tentulah mereka suka dapat bertukar dan biarlah masalah ketidakcukupan guru jqaf itu diselesaikan olah KPM atau JPN. YANG PENTING BERTUKAR BERDASARKAN KEPADA MERIT, CONTOH NYA CUKUP 3 TAHUN DI SARAWAK AKAN DAPAT BERTUKAR SEKIRANYA MEMOHON PERTUKARAN

Saturday, November 6, 2010

Tahniah Guru jqaf Sarawak!

pihak pertukaran guru jqaf blogspot mendengar satu khabar berita yang baik ( saluran tidak rasmi)  terutama guru jqaf sarawak kerana ramai yang dapat pulang ke semenanjung untuk sesi januari 2011. ini adalah kerana pengambilan guru jqaf yang baru akan ditempatkan menggantikan diorang yang nak bertukar. bagi guru jqaf di sabah masih lg sedikit yang dapat bertukar ke semenanjung. kalau korang serius nak bertukar dan telah pun isi etukar.gov.my sila lah call jpn masing-masing ,  kerana ketika blog ini ditulis mereka masih bermesyuarat pertukaran guru jqaf peringkat kebangsaaan. Tahniah juga kepada guru jqaf yang baru 2011, kerana mereka guru jqaf yang lama ada harapan untuk bertukar ke negeri , daerah , sekolah yang dipohon. seramai 2575 guru jqaf yang baru akan ditempatkan di seluruh malaysia. tahniah anda menjadi warga jqaf. ila liqa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...