Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Saturday, February 12, 2011

Penempatan Guru Jqaf 2011

Salam semua pengunjung blog ini. Saya difahamkan bahawa penempatan guru jqaf untuk 2011 akan bermula pada 21hb febuari 2011. tahniah diucapkan kepada antum semua kerana meneruskan legasi jqaf di malaysia. Dengan harapan agar antum semua  yang ditaklifkan sebagai guru jqaf akan menjalankan tugaS mendidik ini dengan amanah dan bertanggungjawab insya allah.


hari demi hari berlalu kini sudah hampir tujuh tahun program jqaf telah berlangsung di seluruh malaysia. bagaimana agaknya lonjakan kemahiran dan kefahaman pelajar pelajar jqaf kita di sekolah rendah? Adakah pelajar tahun 6 2011 ni terutama kelas kelas yang hujung, pencapaian kemahiran membaca jawi lebih separuh dari kelas tersebut? Adakah pencapaian kemahiran membaca al-Quran melebihi separuh dari kelas tersebut? Mudah-mudahan kita dapat bermuhasabah dan explore teknik pengajaran lain yang lebih berkesan. saya rasa penilaian berkesannya program jqaf ini terletak kepada kelas - kelas hujung terutama dalam aspek jawi dan juga al-quran. kalau sekiranya terdapat murid yang boleh membaca al-quran dalam kelas hujung tidak sampai separuh dari isi kelas tersebut, SOMETHING WRONG dalam aspek P&P kita. Perlu muhasabah dan dibincangkan dalam USRAH JQAF DI SEKOLAH.


hari demi hari berlalu.... kini ramai dikalangan sahabat jqaf sekelian yang telah memegang sebagai Jurulatih Utama di setiap daerah, negeri dan kementerian. Malah sudah ada guru jqaf yang telah memegang post pegawai jqaf di PPD dan juga Negeri. Tahniah di ucapkan kepada semua. begitu juga terdapat pegawai jqaf di peringkat negeri dan kebangsaan yang telah bertukar jawatan kepada bahagian lain atau menjadi pensyarah di institut perguruan di malaysia.


agak-agak pada tahun 2012 berjaya atau tidak jqaf akan mula berada di sekolah menengah ? ura- ura jqaf di sekolah menengah pada tahun 2011 terbantut kerana banyak lagi sekolah rendah pada ketika itu yang masih kekurangan guru jqaf. Sama sama kita nantikan.


alla kulli hal, selamat bertugas kepada guru jqaf baru 2011. sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...