Salam semua pengunjung blog ini selamat hari raya aidilfitri | selamat memohon pertukaran | PERMOHONAN AMBILAN JQAF 2012 TELAH DIBUKA SILA KLIK WEB KPM | SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN KLIK CUEPACS #

Apakah sebab utama mohon pertukaran?

Tuesday, September 21, 2010

musim pertukaran guru jqaf 2010 kembali lagi | guru jqaf sabah sarawak dan semenanjung

Selamat hari raya maaf zahir dan batin rakan-rakan semua, sedar tak sedar dah tahun ke enam jqaf telah berada di malaysia ini... yang mana kaki minta tukar sudah tentulah setiap tahun mengisi borang minta tukar. ke kadang kesian melihat rakan rakan yang berjauhan antara suami isteri berjauhan..... ini bermakna sudah 6 tahun berjauhan... kekadang saya nak buat survey terutama pegawai-pegawai atasan bahagian pertukaran di kementerian siapa yang ada antara mereka sudah 6 tahun berjauhan antara suami isteri.. kalau setakat 3 - 4 tahun mungkin ada tetapi untuk mencari sudah 6 tahun berjauhan antara suami isteri dan anak-2 berjauhan sangat la sukar... HANYA GURU JQAF sahaja yang berjauhan selama 6 tahun.

terutama sekali kalau yang berjauhan antara semenanjung dengan sabah serawak.... sepatut nya pihak kementerian pelajaran melatih bakal-bakal guru mengikut ratio keperluan guru jqaf mengikut negeri terutama sekali sabah serawak... kerana walau selamamana sekalipun....guru jqaf yang asal semenanjung tetap jugak akan kembali mengajar di semenanjung... sekarang ni memang sudah ada usaha tersebut .... tetapi sejauhmana keberkesanannya.

ada cadangan yang boleh dibuat..... antaranya pihak kementerian hendaklah membuat tawaran kepada semua guru jqaf yang berada disemenanjung ... siapa yang hendak bertukar ke sabah dan sarawak....dalam surat tawaran tu hendaklah disertakan kelebihan menjadi guru sabah dan sarawak terutama sekali berkaitan dengan gaji, elaun serta insentif lain yang menarik.... saya percaya akan ada guru jqaf yang hendak bertukar ke sabah dan sarawak..... terutama skali guru jqaf yang banyak hutang ( dlm slip gaji pun tinggal ciput je gaji) . maklumlah sikalang ni pihak bank pun berebut-rebut tawarkan loan maksima 200k ....bayarnya selama 20 thn..... dengar juga citer ada guru jqaf yang hutangnya sehingga 1 juta ringgit gara-gara jadi penjamin....

ha....sekarang ni anda semua boleh la isi online pertukaran guru jqaf sehingga 30 september 2010...isi jangan tak isi....ila liqa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...