Selamat hari raya maaf zahir dan batin rakan-rakan semua, sedar tak sedar dah tahun ke enam jqaf telah berada di malaysia ini... yang mana kaki minta tukar sudah tentulah setiap tahun mengisi borang minta tukar. ke kadang kesian melihat rakan rakan yang berjauhan antara suami isteri berjauhan..... ini bermakna sudah 6 tahun berjauhan... kekadang saya nak buat survey terutama pegawai-pegawai atasan bahagian pertukaran di kementerian siapa yang ada antara mereka sudah 6 tahun berjauhan antara suami isteri.. kalau setakat 3 - 4 tahun mungkin ada tetapi untuk mencari sudah 6 tahun berjauhan antara suami isteri dan anak-2 berjauhan sangat la sukar... HANYA GURU JQAF sahaja yang berjauhan selama 6 tahun.
terutama sekali kalau yang berjauhan antara semenanjung dengan sabah serawak.... sepatut nya pihak kementerian pelajaran melatih bakal-bakal guru mengikut ratio keperluan guru jqaf mengikut negeri terutama sekali sabah serawak... kerana walau selamamana sekalipun....guru jqaf yang asal semenanjung tetap jugak akan kembali mengajar di semenanjung... sekarang ni memang sudah ada usaha tersebut .... tetapi sejauhmana keberkesanannya.
ada cadangan yang boleh dibuat..... antaranya pihak kementerian hendaklah membuat tawaran kepada semua guru jqaf yang berada disemenanjung ... siapa yang hendak bertukar ke sabah dan sarawak....dalam surat tawaran tu hendaklah disertakan kelebihan menjadi guru sabah dan sarawak terutama sekali berkaitan dengan gaji, elaun serta insentif lain yang menarik.... saya percaya akan ada guru jqaf yang hendak bertukar ke sabah dan sarawak..... terutama skali guru jqaf yang banyak hutang ( dlm slip gaji pun tinggal ciput je gaji) . maklumlah sikalang ni pihak bank pun berebut-rebut tawarkan loan maksima 200k ....bayarnya selama 20 thn..... dengar juga citer ada guru jqaf yang hutangnya sehingga 1 juta ringgit gara-gara jadi penjamin....
ha....sekarang ni anda semua boleh la isi online pertukaran guru jqaf sehingga 30 september 2010...isi jangan tak isi....ila liqa
pertukaran guru | pertukaran guru jqaf | pertukaran guru suka sama suka| guru jqaf | jqaf | jqaf sabah |jqaf Sarawak | jqaf kelantan | jqaf selangor | jqaf terengganu | jqaf johor | jqaf Kedah | bahagian Pendidikan Islam| jqaf melaka | spi| BPI|Sukarelawan Pertukaran Guru jqaf | Komuniti Guru jQAF | Data Pertukaran Guru
Apakah sebab utama mohon pertukaran?
Tuesday, September 21, 2010
Friday, February 26, 2010
pertukaran guru jqaf suka sama suka
pertukaran guru jqaf suka sama suka tak semudah yang disangka. kadang-kadang untuk merealisasikan pertukaran guru jqaf suka sama suka ini melibatkan sehingga 5 penjuru. bagaiman boleh jadi 5 penjuru? sebagai contoh guru jqaf dikelantan nak ke johor, guru jqaf di johor nak ke sarawak, guru jqaf sarawak nak ke selangor, guru jqaf di selangor nak ke sabah dan guru jqaf di sabah nak ke kelantan. jadi lengkaplah pertukaran guru jqaf melibatkan 5 penjuru.
Kebiasaannya agar sukar untuk mencari pertukaran guru jqaf sehingga 5 penjuru. biasanya alasan yang paling kerap menyebabkan pertukaran guru jqaf ialah perkahwinan. kenapa susah sangat guru jqaf hendak bertukar ? Ini kerana guru jqaf merupakan guru diluar norma dan dia juga merupakan guru program j-qaf itu sendiri. saya merasakan pihak kementerian pelajaran telah menyelaraskan pertukaran guru jqaf melalui pertukaran online untuk antara negeri tetapi ianya terbatas.

Thursday, January 14, 2010
ISU Pertukaran GURU jqaf
pertukaran guru jqaf sering diperkatakan oleh sebahagian komuniti sekolah di mana tempat kita mengajar, sehingga kadang-kadang isu pertukaran guru jqaf ini menyebabkan prestasi mengajar mulai menurun dari tahun ke tahun. ini adalah kerana pengambilan guru jqaf mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila dikatakan pengambilan yang paling besar dilakukan oleh kementerian pelajaran malaysia KPM sehinggakan graduan pengajian islam hampir habis di pasaran. sehingga pengambilan guru guru jqaf di buat secara walk in interview dan juga terdapat kes graduan di luar pendidikan islam seperti sains sosial yang terpilih sebagai guru jqaf.
kebanyakkan pengambilan guru jqaf yang kemudian ini terdiri dari graduan graduan yang baru sahaja grade dari Universiti. sudah tentulah apabila sudah dapat jadi guru jqaf maka berduyun-duyun lah pula guru-guru jqaf ini melangsungkan perkahwinan. ha.... disinilah mulai timbul isu pertukaran guru guru jqaf, apabila sang isteri duk di selangor tetapi si suaminya dok di pahang. apabila isterinya guru jqaf di sabah tetapi suaminya berkerja di semenanjung.
saya ingat dalam tempoh 5 tahun ini jabatan pelajaran negeri kelantan, terengganu , sabah, sarawak, selangor, kedah dan negeri-negeri lain akan banyak menyelesaikan isu pertukaran guru jqaf ini. justeru itu, dalam tempoh 5 tahun ini akan ada isu-isu yang melibatkan guru- guru jqaf seperti datang lewat ke sekolah disebabkan tempat tinggal yang berjauhan, selalu terlebih cuti terutama pada hari isnin dan juga akan ada guru- guru jqaf yang mengambil cuti awal seperti pada hari jumaat untuk balik ke bertemu suami atau isteri di negeri lain, mc yang berlebihan melibatkan guru- guru jqaf, selalu tidak menghadiri aktiviti ko-kurikulum terutama sekolah yang buat pada hari sabtu. berselisih faham dengan pentadbir sekolah atau guru data berkaitan dengan isu pertukaran guru jqaf kerana terdapat pentadbir yang tidak akan menyokong pertukaran guru jqaf selagi tidak cukup 3 tahun mengajar disekolah, tidak dapat menyertai kem bestari solat yang dilakukan biasanya pada hari sabtu.
ini antara isu-isu yang dijangka timbul dalam tempoh 5 tahun lagi berkaitan dengan guru-guru jqaf. isu pertukaran guru jqaf akan selesai setelah si isteri atau suami sudah duduk berdekatan dengan tempat kerja masing- masing.

Subscribe to:
Posts (Atom)